PRAWACANA KEPADA PENGARANG DI PERKAMPUNGAN SARAWAK

PRAWACANA KEPADA PENGARANG DI PERKAMPUNGAN SARAWAK
Sedikit kata-kata aluan kepada rakan pengarang dalam acara Perkampungan Pengarang Sarawak 2009 bersama Pegawai Projek dari DBP Sarawak, Encik Rashid Subet dan Setiausaha II PUTERA.

SARAWAK TIADA IKON SASTERA DALAM 5 TAHUN MENDATANG?

SARAWAK TIADA IKON SASTERA DALAM 5 TAHUN MENDATANG?
Ada kesungguhan bukan retorik semata-mata

Monday, January 24, 2011

2011 MEMULAI LANGKAH INDAH SASTERA

Pertama saya mengucapkan selamat berlalu 2010.
Yang lalu tetap berlalu, yang tetap diingat bahawa usia kita semakin tua di bumi pinjaman ini. Apa yang ingin saya kongsikan dalam ruang ini adalah  beberapa kejayaan dan kebangga dalam peribadi dalam melunasi kehidupan di maya pinjaman ini. Saya berharapa tuah, rezeki pada 2011 ini akan lebih baik daripada yang sedia ada.
Dari aspek  tugas biasa, tiada apa yang dibanggakan sama seperti orang lain, cukup bulan terima gaji juga seperti mana penjawat awam yang lain. Soal cemerlang, sederhana atau dibawah paras biasa, adalah kita sendiri yang tahu dan tangan-tangan ajaib meletakkan kita dan digunakan bayar hutang keliling pinggang dan belanja lain. Orang lain mungkin tidak melihat kita hebat di sini, tapi bukan segalanya di sini kita bersaing, kita juga ada ruang-ruang kita mampu kalau pun tidak sehebat manusia lain, cukup mengekori mereka tanpa dikatakan terlalu membangga-bangga dan mendewa-dewakan diri.  Dari aspek dunia sastera itu sendiri ada beberapa perkara yang cukup nostalgia. Pertama berjaya menerbitkan 2 buah buku iaitu kumpulan puisi "Permata Kalbu" dan novel "Memori Abadi" pada 2010 ini atas logo Dewan Bahasa & Pustaka. Sesungguhnya itu kejayaan yang cukup bermakna setelah sekian lama bergelut dalam bidang ini. Ia semacam sebuah dokumentasi peribadi yang cukup berharga digelar dengan nama pengarang.  Kedua berjaya menjayakan "Dialog Teluk Ke VII" di Miri pada 17-19 Disember 2010 atas nama PUTERA bersama-sama teman yang menghimpunkan  karyawan Sabah, WP Labuan, Sarawak, Tanah Semenanjung, Indonesia dan Brunei untuk ke sini. Ketika menggalas tugas Ketua I yang sedang dalam misi belajar di USM, maka saya dipertanggungjawab melaksanakan dan menterjemah segala usaha ini. Saya cukup berterima kasih kepada kerabat PUTERA yang prihatin menghulurkan bantuan dan kawan-kawan pelbagai penulis yang cukup murah hati datang menyokong khasnya Tan Sri Ismail Hussein, Ketua I GAPENA, termasuk Setiuasaha Datuk Zainal Bolhan dan Bendahari, Hj Hamzah Hamdani.  Dedikasi uat dato Sebastian Ting, Setiausaha Politik kepada Datuk Seri Peter Chin Fah Kui yang dapat menghulurkan bantuan pada saat akhir juga YB Andy Chia , ADUN Pujut yang menangguhkan majlis Dialpg Teluk pada kali ini. Itu merupakan suatu yang cukup membuat saya tersenyum sambil juga dapat memberikan ruang dan ruang kepada sahabat baik, Saudara Jong Chian Lai sebagai penyampai ucaptama dalam majlis ini. Sesuatu yang belum dilakukan oleh mana-mana pertubuhan sejak beliau menerima gelar "SEA Writes Award" 2006 dari Kerajaan Thailand itu. Kadang-kadang saya banyak belajar wajah-wajah kawan yang sebenarnya bukan kawan, juga wajah-wajah sahabat yang menghulurkan hajat niat baik untuk memaknakan persahabatan. Kemenangan dalam sayembara pada 2010, adalah nol sama sekali, tiada apa yang berjaya. Beberapa puisi, esei dan bahan sastera dibicarakan dan disiarkan. Sempat kembara ke Brunei bagi PPN Ke IV ada Julai 2010, Mesyuarat Agung GAPENA  juga awal Julai 2010, menjadi ahli panel forum "Kolokium Penulis Pelbagai Kaum Malaysia" di Kuching pada awal Dismber November 2010, mengikuti acara Perkampungan Pengarang Sarawak 2010 di UPM, Kampus Bintulu pada 25-28 November 2010. Kegiatan dalam PPSB juga tertangguh dengan pelbagai dimensi masalah yang ada.
           Saya berdoa moga 2011 akan lebih makmur, sejahtera, sihat dan  diberikan kekuatan dalam mengenadlikan pelbagai hal sastera dan budaya bangsa. Juga dalam tugas utama disamping tanggungjawab kepada naak-anak dan keluarga. Hanya itu yang mampu saya usahakan dalam sekelumit usaha membina diri yang banyak kekurangan dan bahan bicara mulut yang tidak suka figura kita berdiri sama gagah bagaikan pahlawan. Moga saya mampu berdiri melangkah bagaikan pahlawan yang tidak pernah menegnal erti tewas di medan juang sastera budaya bangsa.