PRAWACANA KEPADA PENGARANG DI PERKAMPUNGAN SARAWAK

PRAWACANA KEPADA PENGARANG DI PERKAMPUNGAN SARAWAK
Sedikit kata-kata aluan kepada rakan pengarang dalam acara Perkampungan Pengarang Sarawak 2009 bersama Pegawai Projek dari DBP Sarawak, Encik Rashid Subet dan Setiausaha II PUTERA.

SARAWAK TIADA IKON SASTERA DALAM 5 TAHUN MENDATANG?

SARAWAK TIADA IKON SASTERA DALAM 5 TAHUN MENDATANG?
Ada kesungguhan bukan retorik semata-mata

Monday, January 24, 2011

2011 MEMULAI LANGKAH INDAH SASTERA

Pertama saya mengucapkan selamat berlalu 2010.
Yang lalu tetap berlalu, yang tetap diingat bahawa usia kita semakin tua di bumi pinjaman ini. Apa yang ingin saya kongsikan dalam ruang ini adalah  beberapa kejayaan dan kebangga dalam peribadi dalam melunasi kehidupan di maya pinjaman ini. Saya berharapa tuah, rezeki pada 2011 ini akan lebih baik daripada yang sedia ada.
Dari aspek  tugas biasa, tiada apa yang dibanggakan sama seperti orang lain, cukup bulan terima gaji juga seperti mana penjawat awam yang lain. Soal cemerlang, sederhana atau dibawah paras biasa, adalah kita sendiri yang tahu dan tangan-tangan ajaib meletakkan kita dan digunakan bayar hutang keliling pinggang dan belanja lain. Orang lain mungkin tidak melihat kita hebat di sini, tapi bukan segalanya di sini kita bersaing, kita juga ada ruang-ruang kita mampu kalau pun tidak sehebat manusia lain, cukup mengekori mereka tanpa dikatakan terlalu membangga-bangga dan mendewa-dewakan diri.  Dari aspek dunia sastera itu sendiri ada beberapa perkara yang cukup nostalgia. Pertama berjaya menerbitkan 2 buah buku iaitu kumpulan puisi "Permata Kalbu" dan novel "Memori Abadi" pada 2010 ini atas logo Dewan Bahasa & Pustaka. Sesungguhnya itu kejayaan yang cukup bermakna setelah sekian lama bergelut dalam bidang ini. Ia semacam sebuah dokumentasi peribadi yang cukup berharga digelar dengan nama pengarang.  Kedua berjaya menjayakan "Dialog Teluk Ke VII" di Miri pada 17-19 Disember 2010 atas nama PUTERA bersama-sama teman yang menghimpunkan  karyawan Sabah, WP Labuan, Sarawak, Tanah Semenanjung, Indonesia dan Brunei untuk ke sini. Ketika menggalas tugas Ketua I yang sedang dalam misi belajar di USM, maka saya dipertanggungjawab melaksanakan dan menterjemah segala usaha ini. Saya cukup berterima kasih kepada kerabat PUTERA yang prihatin menghulurkan bantuan dan kawan-kawan pelbagai penulis yang cukup murah hati datang menyokong khasnya Tan Sri Ismail Hussein, Ketua I GAPENA, termasuk Setiuasaha Datuk Zainal Bolhan dan Bendahari, Hj Hamzah Hamdani.  Dedikasi uat dato Sebastian Ting, Setiausaha Politik kepada Datuk Seri Peter Chin Fah Kui yang dapat menghulurkan bantuan pada saat akhir juga YB Andy Chia , ADUN Pujut yang menangguhkan majlis Dialpg Teluk pada kali ini. Itu merupakan suatu yang cukup membuat saya tersenyum sambil juga dapat memberikan ruang dan ruang kepada sahabat baik, Saudara Jong Chian Lai sebagai penyampai ucaptama dalam majlis ini. Sesuatu yang belum dilakukan oleh mana-mana pertubuhan sejak beliau menerima gelar "SEA Writes Award" 2006 dari Kerajaan Thailand itu. Kadang-kadang saya banyak belajar wajah-wajah kawan yang sebenarnya bukan kawan, juga wajah-wajah sahabat yang menghulurkan hajat niat baik untuk memaknakan persahabatan. Kemenangan dalam sayembara pada 2010, adalah nol sama sekali, tiada apa yang berjaya. Beberapa puisi, esei dan bahan sastera dibicarakan dan disiarkan. Sempat kembara ke Brunei bagi PPN Ke IV ada Julai 2010, Mesyuarat Agung GAPENA  juga awal Julai 2010, menjadi ahli panel forum "Kolokium Penulis Pelbagai Kaum Malaysia" di Kuching pada awal Dismber November 2010, mengikuti acara Perkampungan Pengarang Sarawak 2010 di UPM, Kampus Bintulu pada 25-28 November 2010. Kegiatan dalam PPSB juga tertangguh dengan pelbagai dimensi masalah yang ada.
           Saya berdoa moga 2011 akan lebih makmur, sejahtera, sihat dan  diberikan kekuatan dalam mengenadlikan pelbagai hal sastera dan budaya bangsa. Juga dalam tugas utama disamping tanggungjawab kepada naak-anak dan keluarga. Hanya itu yang mampu saya usahakan dalam sekelumit usaha membina diri yang banyak kekurangan dan bahan bicara mulut yang tidak suka figura kita berdiri sama gagah bagaikan pahlawan. Moga saya mampu berdiri melangkah bagaikan pahlawan yang tidak pernah menegnal erti tewas di medan juang sastera budaya bangsa.

Tuesday, September 28, 2010

IDEA PERTEMUAN AWAL

BEBERAPA CADANGAN DIBINCANGKAN DALAM PERTEMUAN APL&PUTERA BAGI DIALOG TELUK PADA 02 OKTOBER 2010/ SABTU.
Oleh
Poul Nanggang, Ketua II, PUTERA, Miri, Sarawak.
Seandainya kedua-dua NGO sastera di Wilayah Utara Sarawak bersetuju dalam banyak hal, maka pertemuan ini akan direalisasikan tanpa berasa siapa besar, siapa tua, siapa sulung, siapa bongsu, siapa hebat dan macam-macam.
Soal kewangan merupakan soal utama menggunakan acara di Limbang yang kebetlan APL sebagai salah penyelenggara bersama DBP dalam acara Majlis Penutupan Bulan Bahasa Peringkat Negeri Sarawak 2010 dan Pesta Limbang.
Bentuk sumbangan APL&PUTERA akan kita gabungakan dalam bentuk tenaga, kewangan untuk selaraskan agenda ini. DBP sebagai penaja utama dan penasihat dalam menjalankan tanggungjawan bagi sastera kita di mata masyarakat luar Sarawak.
Kewajaran PUTERA berkongsi menyelenggara hal ini:-
a) Soal kewangan yang kurang mendapat dokongan dalam menyelenggara hal ini, hanya DBP sahaja sanggup menawarkan 5 ribu bagi acara ini.
b) Menggunakan audies di Limbang yang merupakan tempat strategik pertemuan yang menjadi pusat bagi kawasan Wilayah Teluk seperti Brunei, Labuan, Sabah dan Sarawak.
c) APL sebagai persatuan penulis dapat bekerjasama dengan DBP selaku penghulu soal-soal bahasa, sastera dan budaya penulisan di Sarawak, tentunya turut sama rasa tanggungjawab menjayakan usaha ini.
d) Kos untukmengadakan di Miri semat-mata kerana acara ini tidak mampu dibuat kerana soal bajet penganjuran , memang banyak selain tarikh yang semakin sampai ke penghujung tahun.
e) Jalinan kerjasama antara APL, PUTERA, DBP Sarawak dalam usaha menyelenggara hal yang bersifat antarabangsa ini yang melibatkan Brunei.
Cadangan Pengisian Masa digunakan
BIL WAKTU ACARA MASA CATATAN
01. 0730-08.30 Bacaan doa
Ucaptama/pembukaan
1 jam Pembaca doa.
Tokoh yang dipilih disepakati bersama.
02. 08.30-10.00 Sesi I 1 jam 30 minit 3- 4 orang pemakalah, 1 orang pengerusi sesi
10.00-1030 Minum Rehat 30 minit
10.30-1200 Sesi II 1 jam 30 minit Sama dengan Sesi 1.
03. 1200-1300 Penutupan
Resolusi/Pengumuman Pertemuan akan datang 1 jam
1300-1400 Makan tengah hari 1 jam Mencari penaja

Tema Pilihan – Akan difikirkan bersama dengan lebih fokus memilih hal sastera dalam bentuk penulisan/ persuratan.
Pembentukan AJK Pengelola Bersama Dialog Teluk Ke VII ini, yang melibat APL & PUTERA dan DBP. Surat siaran, jemputan pemakalah dan hubungan dengan NGO sastera dari wilayah lain akan diuruskan melalui AJK ini. Logo dalam surat rasmi melibatkan “NGO” yang sama-sama menaja acara ini yang dipersetujui bersama.
Latar belakang Jalur Penganjuran – Kita mengutamakan kegiatan dan nama baik dan martabat kita sebagai orang sastera, lebih fokus kepada kegiatan pertemuan, dengan kos kewangan yang terhad. Utamakan kepada yang utama, ketepi yang kurang bernas.
Urus Setia- Sebagai jentera penggerak kerja-kerja lain dibahagikan kepada pecahan lain, kertas kerja, sijil penyertaan, buku program, brosur, sepanduk dan lain-lain perkara.
Bayaran penyertaan: Difikirkan sama.
Tarikh: Memilih mana-mana ruang kosong dalam acara Sambutan Majlis Bulan Bahasa & Pesta Limbang. Dalam acara ini dengan pengisi an dicadangkan.
Pemakalah – Memilih/melantik 6-8 orang dari wilayah setempat yang melatari Wilayah Teluk. Atau memohon NGO sastera dari Brunei, Labuan, Sabah & Sarawak yang membuat pilihan bagi pembentang.
Pembaca Doa – Seorang yang meyediakan bacaan doa dalam pembukaan majlis. Bersedia dengan teks.
Kos penyertaan & pemakalah – Ditanggung sendiri termasuk makan minum, penginapan, kos pengangkutan.
Siaraya – Alat PA sistem yang berfungsi, meminjam dari KPSU atau mana-mana agensi.
Persediaan tempat – Tempat duduk, back drop, lain-lain,LCD, computer.
AJK Dokumentasi - mengambil foto, membuat pelaporan, setiap sesi 3 orang, untuk dimajukan kepada urus setia.
Honorarium- Akan dilunasi berdasarkan kemampuan yang ada.
Penyertaan – Kepada semua badan sastera termasuk GAPENA. Bilik peserta dibayar sendiri boleh buat tempahan dengan Rumah Kerajaan, Asrama Dewan Suarah atau bilik hotel murah.
Pengangkutan: Akan diuruskan oleh APL & PUTERA yang ada kenderaan bagi mengangkut peserta dari tempat penginapan ke lapangan terbang, tempat persidangan atau dermaga .
Cetakan baju T: Sekiranya mampu.
Tempat: Pilihan bilik pertemuan sekitar 50-80 orang peserta yang hadir.
Bajet Pengurusan Pertemuan
BIL ITEM PERBELANJAAN KUANTITI JUMLAH
01. Honorarium pemakalah, pengerusi sesi 6-10 orang
02. Urus Setia, alat tulis, atur cara, kertas kerja, brosur, sijil, keperluan lojistik
03. Minum pagi, 10 pagi. 100 orang, 2 meja VVIP.
04. Sepanduk & “back drop” Bilik pertemuan
05. Buku antologi 200 buah
06. Makan tengah hari 100 orang, 2 meja VVIP
07. Baju T, dijual, kalau mampu dibuat
09. Kos Cenderamata dari penganjur kepada wakil persatuan ASTERAWANI, PERWILA, BAHASA Sabah, PEKASA, GAPENA dan lain-lain.
08. Luar jangka

Kumpulan antologi: Memohon DBP mencetak secara dalaman dalam lingkungan 200 naskhah bagi peserta pertemuan dan dokumentasi. Bahan sudah ada dalam simpanan PUTERA hanya menunggu untuk proses cetakan.
Pengerusi Sesi & pengerusi majlis- Dapat ditetapkan bersama.
Penyertaan peserta:
BIL PERSATUAN JUMLAH CATATAN
01. PERWILA, LABUAN
02. BAHASA, SABAH
03. ASTERAWANI, BRUNEI
04. PUTERA, MIRI, SARAWAK
05. APL, LIMBANG, SARAWAK
06. PEKASA, KUCHING, SARAWAK
07. DBP SARAWAK
08. GAPENA, & LAIN-LAIN BADAN KERABAT
09. ORANG PERSEORANGAN

Cadangan Cenderamata iringan: Buah tangan kepada peserta, beg kertas, atur cara, alat tulis, kertas kerja, sijil penyertaan, jemputan dan lain-lain yang dapat dilengkapi.
Makan minum – Memang tiada bajet, kecuali ada bajet dari pihak penganjuran Pesta Limbang atau mana-mana acara yang lain.
Acara lain - Acara ini iaitu Dialog Teluk Ke VII dianggap sampingan, maka para peserta dari luar akan menyertai acara Pesta Limbang, Bulan Bahasa Peringkat Negeri Sarawak sebagai acara inti dan besar yang diikuti oleh peserta sekiranya ada keizinan oleh panitia penganjur. Kalau tiada bajet, maka hal ini difikirkan.
Hal lain – Perlu diutarakan, dibincangkan demi kebaikan sastera Sarawak dan nama baik semua kita penulis dan persatuan penulis.
Kesimpulan – Ini adalah cadangan yang perlu kita fikirkan sebelum pertemuan agar idea kita semasa pertemuan dapat mencari kata sepakat akan hal ini, dan memikirkan hal-hal lain yang jika perlu kita kongsikan bersama bagi menambah aura pertemuan ini.

Thursday, September 16, 2010

PERTEMUAN PENYAIR NUSANTARA DI BRUNEI, JULAI 2010

Ini merupakan kali ke-2 saya ikut serta dalam acara PPN ini. Sebelum ini saya ke KL pada November 2009 yang lalu atas undangan PENA(selaku penyelaras PPN di Malaysia) dan tahun ini kebetulan Brunei yang bertetangga dengan Miri menjadi tuan rumah. Undangan itu dipenuhi demi sastera, budaya dan bahasa kita diangkasakan seluruh Nusantara, bukanlah mahu tunjuk-tunjuk diri kerdil ini kepada manusia hebat lain di Nusantara.
Sebelum ini saya menulis hal ini di Utusan Borneo atas tiket bayaran oleh DBP sebagai sumbangan laporan menghadiri persidangan ini kali ini. Sebelum ini saya tulis hal itu sewaktu di KL pada 2009, tapi saya tidak hantar artikel itu ke mana-mana, pun hanya saya terbit sendiri dalam blog atau mana-mana media ICT.
Dalam tulisan ini, saya tidak akan mengulang apa yang saya tulis sebelumnya. Tapi saya tulis suatu yang lain mengikut acuan fikir saya. Saya datang bersama 2 rakan PUTERA yang sering berkunjung ke mana-mana acara. PUTERA menjemput beberapa orang kerana ASTERAWANI memperuntukkan 10 orang kalau tidak silap bagi kuota pertemuan ini. Lantaran ramai juga penyair dari Malaysia yang datang melalui Miri dengan bantuan pengangkutan PUTERA dibawah Ketua I, Saudara Zainal Abidin Hj Suhaili atau Abizai. Perjalanan pergi dan balik sungguh seronok kerana banyak cerita dikongsi bersama, biarpun semacam mengumpat, tapi niat dalam hati tetap betul tentang kegiatan, figura orang sastera, polemik, dan macam-macam bahan yang menarik. Apa lagi dapat duduk bersama Saudara Amiruddin Mohd Ali Hanafiah(Ketua I PPJ), Hj Sammsuddin Othman dari UPM, Hj Shapiai Ramly dan lain-lain merancakkan bicara dan dalog kami, tanpa skrip yang banyak cacat. Lancar dan licin.
Malam pertama sambutan diadakan di Bangunan Guru -Guru Brunei dan saya dijemput membaca puisi dalam majlis itu bersama-sama wakil wilayah lain di Nusantara. Sesampai di Brunei kami tinggal di asrama Pusat Belia di BSB dengan bayaran RB18 semalam. Bilik berhawa dingin, memang mantap. Saya tidak membayar sewa bagi 2 malam di sana, kerana pada awalnya dicadangkan oleh Saudara Salleh Rahmat(pensyarah UM) dan SM Zakir(Setiausaha I PENA) dan dipersetujui oleh Abizai(Ketua I PUTERA) untuk menjadi pengganti pembentang mewakili Malaysia bagi menggantikan sahabat saya dari Kuching, Jaafar Hj Hamdan(Ketua I PEKASA) yang berhalangan datang ke acara ini kerana tidak mendapat pelepasan jabatan. Namun PEKASA diwakili 2 orang wakil pentingnya, turut sama menikmati debar ombak gelora PSN kali ini. Kemudian 2 hari selepas itu, saya ditagih oleh pihak panitia, maka saya jawab yang saya diwakilkan sebagai pembentang, biar tiada surat jemputan. Saudara Salleh Rahmat & SM Zakir adalah suara "urus setia dari Malaysia yang memberikan lesen besar bersuara di Nusantara. Namun cita-cita itu terbatal dan tidak kesampaian apabila pihak panita memilih orang lain pengganti Sudara Jaafar Hj Hamdan, walaupun nama saya dicadangkan pada makan malam semalam. Rahimidin Zahari datang kepada saya agak kesal dengan suasana itu, sahabat lain juga turut sama menyatakan pendirian. Tapi saya tetap dengan jiwa yang rendah mengatakan bahawa, " itu hak tuan rumah memilih sesiapa pun yang mereka kehendaki, sesuai dengan kebijaksanaan, kehebatan, ilmu, pengetahuan dan kriteria yang diinginkan". Kedua sambil malu dengan muka semacam terengeh-engeh, saya mengatakan bahawa saya tiada jemputan rasmi, maka saya tidak berasa terhina, walaupun suara emas deligasi urus setia PPN dari Malaysia semacam tidak masin atau diambil peduli dari ketetapan awal. Namun saya bahagia, dapat bilik percuma di BSB kerana menjadi pemakalah yang tidak membentang bahan. Itu saya pertahankan kepada panitia, kerana rakan-rakan Urus Setia PPN dari Malaysia juga yang mengkabarkan berita itu, bukan saya meminta -minta menjadi pembentang dalam acara segah ini. Saya tahu apalah ada ilmu yang ada pada saya. Saya tutup kisah ini, biarpun sedikit berbekas di jiwa, namun ia pengalaman yang berharga untuk dikenang sepanjang hayat dan kehidupan ini. Manusia tetap dan akan memilih "bulu" juga dalam pertarungan mencari yang terbaik. Kalau kita bukan spesies yang dikehendaki atau dimuliakan maka kita akan terpinggir atau dibiarkan begitu sahaja, walaupun kita sudah dikenali oleh teman, sahabat dan rakan-rakan... tetapi dalam menjulang diri ke sini, kita mesti tahu siapakah kita sebetulnya? Maaf tiada istilah kawan atau kenalan di sini, bulu kita dibuat daripada apa?
Suatu lagi yang baiknya, saya sempat bercerita panjang dengan rakan penulis dn sepupu saya dari Limbang sehingga 0430 pagi terus bercerita pelbagai agenda, fenomena dan cerita sambilsembang-sembang di Brunei.3 hari di sana, telefon saya tidak bernyawa, kerana talian hayatnya diputuskan.Saya tidak berinternet juga. Hari pertama saya mulai berpeluh menggigil kerana kelaparan sewaktu tengah hari, nasib baik Jaya Ramba cepat mengambil air kopi panas untuk meredakan kekurangan gula di badan, ketika "diabetes menyerang diri".
Saya juga teruja dapat menemui rakan penyair di Face Book yang akrab dan salin memberikan komentar maju mundur terhadap puisi-puisi mereka seperti Ary Nurdiana, Gampang Prawoto, Pak Hardho HS, Nia, Susan, Ana dan lain-lain yang sempat saya temui di acara ini. Tukar pelbagai buku puisi dan gelagat beberapa teman Indonesia. Teman lama saya temui Anna Noor(Indonesia) yang sudi menitipkan sebuah kumpulan puisi. ayahanda Chong Ah Fok(Brunei), Dr Arbak Othman, dan Nik Rakkib yang ditemui di sini pada 2009 yang lalu sewaktu Pertemuan Sasterawan Nusantara di sini. Selain rakan-rakan dari E-Sastera Malaysia yang kurang saya kenali, Angkatan Penulis Limbang(APL), teman-teman dari ASTERAWANI.
Dalam pada itu sempat ditemui dan diteman Saudara Khamis (Setiusaha II ASTERAWANI dan juga pensyarah di UBD) dan juga Prof Dr Sahlan Mohd Saman dari UBD, sembang-sembang dan makan di waktu petang ditebingan Sungai Kiangge, Brunei. Saya, Jaya dan Abizai berasa amat dihargai di sana, sambil juga membeli kain di pusat membeli belah. Sempat juga menemui secara ringkas Prof Dr Siti Zainon Ismail, sahabat penulis terkenal Indonesia,Habibul Rahman yang masih mengingati wajah saya.