PRAWACANA KEPADA PENGARANG DI PERKAMPUNGAN SARAWAK

PRAWACANA KEPADA PENGARANG DI PERKAMPUNGAN SARAWAK
Sedikit kata-kata aluan kepada rakan pengarang dalam acara Perkampungan Pengarang Sarawak 2009 bersama Pegawai Projek dari DBP Sarawak, Encik Rashid Subet dan Setiausaha II PUTERA.

SARAWAK TIADA IKON SASTERA DALAM 5 TAHUN MENDATANG?

SARAWAK TIADA IKON SASTERA DALAM 5 TAHUN MENDATANG?
Ada kesungguhan bukan retorik semata-mata

Monday, August 11, 2008

SELAMAT DATANG KE ALAM SIBER PN

SAYA MENGALU-ALUKAN KOMEN DAN KEHADIRAN TEMAN-TEMAN SASTERA SAMA-SAMA MELABUHKAN BUAH FIKIR DAN IDEA DALAM RUANG INI. BIARPUN SEDIKIT TETAPI BERMAKNA. SEGALA KOMEN DAN PENDAPAT ANDA ADALAH AZIMAT BERHARGA KEPADA SAYA. WEBMASTER.

EMOSIKAH BICARAKU DI PERKAMPUNGAN PENULIS SARAWAK 2008?

Pada penghujung Jun 2008, ketika menjadi salah seorang pembicara dalam forum sastera di Mukah pada Perkampungan Penulis Sarawak 2008, dinyatakan saya emosi menyuarakan sepak terajang sastera di Sarawak atau terlalu peribadi. Benarkah begitu? Apakah kayu ukur yang digunakan oleh orang yang sedemikian membuat ulasan seumpama itu? Adakah hanya patut sekadar memuja-muji sahaja perkembangan orang kita dan menyembunyikan hal yang karut-marut menimpa kita? Tapi niat saya bercakap adalah jujur, walaupun kejujuran saya dipersendakan kebenarannya. Memetik kata-kata Dr. Jeniri Amir,"kebenaran saya dan dan kebenaran anda adalah berbeza", meskipun kita menggunakan kata kebenaran, tetapi dimanipulasikan mengikut gagasan minda kita.