Pada penghujung Jun 2008, ketika menjadi salah seorang pembicara dalam forum sastera di Mukah pada Perkampungan Penulis Sarawak 2008, dinyatakan saya emosi menyuarakan sepak terajang sastera di Sarawak atau terlalu peribadi. Benarkah begitu? Apakah kayu ukur yang digunakan oleh orang yang sedemikian membuat ulasan seumpama itu? Adakah hanya patut sekadar memuja-muji sahaja perkembangan orang kita dan menyembunyikan hal yang karut-marut menimpa kita? Tapi niat saya bercakap adalah jujur, walaupun kejujuran saya dipersendakan kebenarannya. Memetik kata-kata Dr. Jeniri Amir,"kebenaran saya dan dan kebenaran anda adalah berbeza", meskipun kita menggunakan kata kebenaran, tetapi dimanipulasikan mengikut gagasan minda kita.