PRAWACANA KEPADA PENGARANG DI PERKAMPUNGAN SARAWAK

PRAWACANA KEPADA PENGARANG DI PERKAMPUNGAN SARAWAK
Sedikit kata-kata aluan kepada rakan pengarang dalam acara Perkampungan Pengarang Sarawak 2009 bersama Pegawai Projek dari DBP Sarawak, Encik Rashid Subet dan Setiausaha II PUTERA.

SARAWAK TIADA IKON SASTERA DALAM 5 TAHUN MENDATANG?

SARAWAK TIADA IKON SASTERA DALAM 5 TAHUN MENDATANG?
Ada kesungguhan bukan retorik semata-mata

Thursday, September 16, 2010

PERTEMUAN PENYAIR NUSANTARA DI BRUNEI, JULAI 2010

Ini merupakan kali ke-2 saya ikut serta dalam acara PPN ini. Sebelum ini saya ke KL pada November 2009 yang lalu atas undangan PENA(selaku penyelaras PPN di Malaysia) dan tahun ini kebetulan Brunei yang bertetangga dengan Miri menjadi tuan rumah. Undangan itu dipenuhi demi sastera, budaya dan bahasa kita diangkasakan seluruh Nusantara, bukanlah mahu tunjuk-tunjuk diri kerdil ini kepada manusia hebat lain di Nusantara.
Sebelum ini saya menulis hal ini di Utusan Borneo atas tiket bayaran oleh DBP sebagai sumbangan laporan menghadiri persidangan ini kali ini. Sebelum ini saya tulis hal itu sewaktu di KL pada 2009, tapi saya tidak hantar artikel itu ke mana-mana, pun hanya saya terbit sendiri dalam blog atau mana-mana media ICT.
Dalam tulisan ini, saya tidak akan mengulang apa yang saya tulis sebelumnya. Tapi saya tulis suatu yang lain mengikut acuan fikir saya. Saya datang bersama 2 rakan PUTERA yang sering berkunjung ke mana-mana acara. PUTERA menjemput beberapa orang kerana ASTERAWANI memperuntukkan 10 orang kalau tidak silap bagi kuota pertemuan ini. Lantaran ramai juga penyair dari Malaysia yang datang melalui Miri dengan bantuan pengangkutan PUTERA dibawah Ketua I, Saudara Zainal Abidin Hj Suhaili atau Abizai. Perjalanan pergi dan balik sungguh seronok kerana banyak cerita dikongsi bersama, biarpun semacam mengumpat, tapi niat dalam hati tetap betul tentang kegiatan, figura orang sastera, polemik, dan macam-macam bahan yang menarik. Apa lagi dapat duduk bersama Saudara Amiruddin Mohd Ali Hanafiah(Ketua I PPJ), Hj Sammsuddin Othman dari UPM, Hj Shapiai Ramly dan lain-lain merancakkan bicara dan dalog kami, tanpa skrip yang banyak cacat. Lancar dan licin.
Malam pertama sambutan diadakan di Bangunan Guru -Guru Brunei dan saya dijemput membaca puisi dalam majlis itu bersama-sama wakil wilayah lain di Nusantara. Sesampai di Brunei kami tinggal di asrama Pusat Belia di BSB dengan bayaran RB18 semalam. Bilik berhawa dingin, memang mantap. Saya tidak membayar sewa bagi 2 malam di sana, kerana pada awalnya dicadangkan oleh Saudara Salleh Rahmat(pensyarah UM) dan SM Zakir(Setiausaha I PENA) dan dipersetujui oleh Abizai(Ketua I PUTERA) untuk menjadi pengganti pembentang mewakili Malaysia bagi menggantikan sahabat saya dari Kuching, Jaafar Hj Hamdan(Ketua I PEKASA) yang berhalangan datang ke acara ini kerana tidak mendapat pelepasan jabatan. Namun PEKASA diwakili 2 orang wakil pentingnya, turut sama menikmati debar ombak gelora PSN kali ini. Kemudian 2 hari selepas itu, saya ditagih oleh pihak panitia, maka saya jawab yang saya diwakilkan sebagai pembentang, biar tiada surat jemputan. Saudara Salleh Rahmat & SM Zakir adalah suara "urus setia dari Malaysia yang memberikan lesen besar bersuara di Nusantara. Namun cita-cita itu terbatal dan tidak kesampaian apabila pihak panita memilih orang lain pengganti Sudara Jaafar Hj Hamdan, walaupun nama saya dicadangkan pada makan malam semalam. Rahimidin Zahari datang kepada saya agak kesal dengan suasana itu, sahabat lain juga turut sama menyatakan pendirian. Tapi saya tetap dengan jiwa yang rendah mengatakan bahawa, " itu hak tuan rumah memilih sesiapa pun yang mereka kehendaki, sesuai dengan kebijaksanaan, kehebatan, ilmu, pengetahuan dan kriteria yang diinginkan". Kedua sambil malu dengan muka semacam terengeh-engeh, saya mengatakan bahawa saya tiada jemputan rasmi, maka saya tidak berasa terhina, walaupun suara emas deligasi urus setia PPN dari Malaysia semacam tidak masin atau diambil peduli dari ketetapan awal. Namun saya bahagia, dapat bilik percuma di BSB kerana menjadi pemakalah yang tidak membentang bahan. Itu saya pertahankan kepada panitia, kerana rakan-rakan Urus Setia PPN dari Malaysia juga yang mengkabarkan berita itu, bukan saya meminta -minta menjadi pembentang dalam acara segah ini. Saya tahu apalah ada ilmu yang ada pada saya. Saya tutup kisah ini, biarpun sedikit berbekas di jiwa, namun ia pengalaman yang berharga untuk dikenang sepanjang hayat dan kehidupan ini. Manusia tetap dan akan memilih "bulu" juga dalam pertarungan mencari yang terbaik. Kalau kita bukan spesies yang dikehendaki atau dimuliakan maka kita akan terpinggir atau dibiarkan begitu sahaja, walaupun kita sudah dikenali oleh teman, sahabat dan rakan-rakan... tetapi dalam menjulang diri ke sini, kita mesti tahu siapakah kita sebetulnya? Maaf tiada istilah kawan atau kenalan di sini, bulu kita dibuat daripada apa?
Suatu lagi yang baiknya, saya sempat bercerita panjang dengan rakan penulis dn sepupu saya dari Limbang sehingga 0430 pagi terus bercerita pelbagai agenda, fenomena dan cerita sambilsembang-sembang di Brunei.3 hari di sana, telefon saya tidak bernyawa, kerana talian hayatnya diputuskan.Saya tidak berinternet juga. Hari pertama saya mulai berpeluh menggigil kerana kelaparan sewaktu tengah hari, nasib baik Jaya Ramba cepat mengambil air kopi panas untuk meredakan kekurangan gula di badan, ketika "diabetes menyerang diri".
Saya juga teruja dapat menemui rakan penyair di Face Book yang akrab dan salin memberikan komentar maju mundur terhadap puisi-puisi mereka seperti Ary Nurdiana, Gampang Prawoto, Pak Hardho HS, Nia, Susan, Ana dan lain-lain yang sempat saya temui di acara ini. Tukar pelbagai buku puisi dan gelagat beberapa teman Indonesia. Teman lama saya temui Anna Noor(Indonesia) yang sudi menitipkan sebuah kumpulan puisi. ayahanda Chong Ah Fok(Brunei), Dr Arbak Othman, dan Nik Rakkib yang ditemui di sini pada 2009 yang lalu sewaktu Pertemuan Sasterawan Nusantara di sini. Selain rakan-rakan dari E-Sastera Malaysia yang kurang saya kenali, Angkatan Penulis Limbang(APL), teman-teman dari ASTERAWANI.
Dalam pada itu sempat ditemui dan diteman Saudara Khamis (Setiusaha II ASTERAWANI dan juga pensyarah di UBD) dan juga Prof Dr Sahlan Mohd Saman dari UBD, sembang-sembang dan makan di waktu petang ditebingan Sungai Kiangge, Brunei. Saya, Jaya dan Abizai berasa amat dihargai di sana, sambil juga membeli kain di pusat membeli belah. Sempat juga menemui secara ringkas Prof Dr Siti Zainon Ismail, sahabat penulis terkenal Indonesia,Habibul Rahman yang masih mengingati wajah saya.