PRAWACANA KEPADA PENGARANG DI PERKAMPUNGAN SARAWAK

PRAWACANA KEPADA PENGARANG DI PERKAMPUNGAN SARAWAK
Sedikit kata-kata aluan kepada rakan pengarang dalam acara Perkampungan Pengarang Sarawak 2009 bersama Pegawai Projek dari DBP Sarawak, Encik Rashid Subet dan Setiausaha II PUTERA.

SARAWAK TIADA IKON SASTERA DALAM 5 TAHUN MENDATANG?

SARAWAK TIADA IKON SASTERA DALAM 5 TAHUN MENDATANG?
Ada kesungguhan bukan retorik semata-mata

Wednesday, September 15, 2010

MESYUARAT AGUNG GAPENA KE-39 DI KUALA LUMPUR.

Sekali lagi tahun 2010 ini dengan rezeki dan anugerah Dewata, saya turut serta dalam deligasi PUTERA ke Mesyuarat Agung GAPENA ke-39 tahun di Hotem Midah, Kuala Lumpur. Seperti biasa, saya, Ketua I dan Setiausaha I adalah wakil dalam acara penting ini. Kali ini pemilihan diadakan, seperti biasa sahabat saya Ketua I PPJ menentang Prof Ismail Hussein sebagai Ketua I GAPENA bagi 2 tahun mendatang. Undi kepada rakan ketua I PPJ juga merosot.
Beberapa tokoh penulis menghubungi saya dan teman-teman Sabah& Sarawak yang menjadi perwakilan. Ada yang bertanya secara selamba, atau yang semacam menyalahkan wakil Sabah & Sarawak yang menyebabkan Ketua PPJ tewas kepada Prof Ismail Hussein. Apa pun, semua itu adalah pengalaman yang harus dilalui dalam hidup, mungkin sulit diceritakan di sini sepak terajang dunia sastera. Penulis yang tidak mewakili persatuan lantang meneriakkan supaya peralihan kuasa dalam tampuk Ketua I GAPENA. Sedangkan orang dalam perwakilan yang menentukan undi dalam pemilihan. Ada banyak pertimbangan yang dibuat. Bagi saya dan teman-teman adalah semacam tanggugjawab dalam usaha ini. Kami menyempurnakan tanggungjawab itu sebagai badan gabungan dalam GAPENA. Dalam politik sastera juga kita berhati-hati supaya tiada ketegangan dalam persatuan yang kita pimpin. Namun saya tabik hormat buat Ketua I PPJ yang sudi beramah mesra denga kami wakil Sabah&Sarawak yang ada di gerai berddekatan hotel Midah. Perjuangan masih belum selesai, kalau mahu berjuang, kita tabah dan kekalahan kita bukan kematian yang harus diratapi tetapi sebuah perjuangan yang memerlukan korban. Salam.